Wednesday, December 2, 2009

Berita ekonomi hari ni (02.12.2009)

Berita ekonomi hari ni:

1. Rangsangan Ekonomi ke3

Datuk Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berpandangan rangsangan ke 3 sebanyak RM8 billion diperlukan sebagai persediaan untuk menghadapi kejatuhan berganda dalam ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada suku pertama tahun depan. Ini kerana jumlah yang dibelanjakan sendiri oleh kerajaan sebanyak RM22 bilion daripada RM67 bilion tidak mencukupi untuk mengekalkan kestabilan ekonomi sedia ada. Oleh itu Suntikan sebanyak RM8 bilion lagi mungkin mencukupi untuk menjadikan jumlah keseluruhan pakej rangsangan berjumlah RM30 bilion

2. Economic in 2010 - 2012

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia berpotensi untuk mengalami kadar pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus pada 2012.

Mohamed Ariff berkata, MIER masih mengekalkan unjuran KDNK negara pada kadar - 3.3 peratus pada tahun ini sebelum meningkat kepada 3.7 peratus pada 2010.

Faktor yang menyokong:

a. aliran positif dalam Indeks Pengeluaran Perusahaan.

b. perbelanjaan besar dalam infrastruktur awam

c. pemulihan dalam sektor pembuatan

d. peningkatan perbelanjaan domestik

e. pertambahan dalam permintaan eksport.

Faktor yang menjatuhkan:

a. SYSTEMATIC RISK - Banyak yang meramalkan AS mengalami semula krisis yang sama pada suku pertama 2010

b. penambatan semula yuan China yang menyebabkan nilai dolar AS terlebih nilai manakala yuan pula berada di bawah paras sebenar

3. Dubai Financial Crisis

Di dalam laporan EFG Hermes yang mendakwa Dubai, Emiriyah Arab Bersatu yang kini dilanda krisis kewangan dianggarkan memiliki hutang sebanyak AS$150 bilion (RM508.5 bilion), termasuk pinjaman-pinjaman dua hala.

Menurut laporan itu lagi, jumlah hutang Dubai dianggarkan sebanyak AS$84.2 bilion hanya membabitkan pasaran modal hutang seperti bon, sukuk dan pinjaman bagi syarikat-syarikat Dubai Inc.

4. Segerakan transformasi ekonomi

Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah Ekonomi Malaysia perlu segera ditransformasi kerana berada dalam kedudukan statik sejak sedekad lalu, menyebabkan negara ketinggalan jauh di belakang berbanding negara-negara jiran.

Ini kerana:

a. Malaysia kini terperangkap dalam nilai tambah yang rendah, gaji yang murah dan struktur produktiviti yang lemah.

b. Malaysia mencatatkan pertumbuhan kedua terendah pada kadar 5.5 peratus berbanding China, India, Vietnam, Indonesia, Filipina dan Thailand.

c. Malaysia telah kehilangan daya saing untuk kekal menjadi peneraju dalam banyak sektor ekonomi.

d. Pelaburan swasta hanya tinggal separuh berbanding sebelum krisis Asia manakala modal intensif bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan semakin menyusut.

e. Antara 2000 hingga 2007, nilai tambah setiap pelaburan dalam peratusan jangka nominal bagi sektor pembuatan jatuh daripada 30.6 peratus kepada 21.7 peratus manakala sektor perkhidmatan

Penyelesaian – transformasi ekonomi melalui:

a. persekitaran ekonomi global sudah berubah dan Malaysia tidak boleh terus bergantung kepada rakan dagangan tradisional dan Malaysia menghadapi tekanan kompetitif daripada pasaran-pasaran baru muncul dalam eksport semasa.

b. Malaysia perlu mengembalikan peranan sektor swasta dalam ekonomi dan menjadikannya sebagai enjin pertumbuhan utama melalui konsep 1Malaysia dalam ekonomi.

Sumber: Utusan Malaysia, 02.12.2009