Tuesday, November 24, 2009

BNM kekal OPR 2.00 peratus

Bank Negara Malaysia (BNM) pada 24.11.2009 mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.00 peratus. Pengekalan ini disebabkan faktor2 seperti:


1. Ekonomi Global yang bertambah baik.
  • Katanya, aktiviti ekonomi di negara-negara maju menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang disokong oleh kesan langkah polisi, manakala ekonomi rantau menunjukkan pertumbuhan positif pada suku ketiga.
  • ''Perkembangan positif ini dijangka berterusan sehingga 2010, pemulihan adalah berperingkat dan tidak sekata dengan tinjauan kekal tidak pasti apabila sokongan polisi mula berkurang.

2. Ekonomi Domestik yang semakin kukuh.

  • Bagi ekonomi domestik, kadar pemulihan sedang mengikut momentum. Bergerak ke hadapan, permintaan domestik terutama penggunaan swasta dan perbelanjaan sektor awam akan terus menyediakan sokongan kepada pertumbuhan,'' katanya.
  • Tambah kenyataan itu, ia disokong oleh pelaksanaan langkah fiskal, polisi monetari dan akses berterusan kepada pembiayaan.
  • Inflasi yang semakin stabil:
  • Inflasi terus menurun pada kadar perlahan Oktober lalu. Kejatuhan perlahan itu adalah ekoran penyusutan kumulatif dalam harga runcit bahan api sejak Jun 2008 dan pengurangan tekanan terhadap harga makanan.
  • ''Inflasi dijangka berubah positif pada bulan mendatang disebabkan keadaan ekonomi domestik yang semakin kukuh. Dengan tiada jangkaan perubahan harga dan pengaruh luar, inflasi dijangka kekal sederhana pada 2010,'' jelasnya.
  • Berikutan keadaan ekonomi domestik yang semakin baik, penilaian kedudukan polisi monetari adalah sesuai dan akan terus menyediakan sokongan kepada aktiviti ekonomi.
Sumber: Utusan Malaysia, 25.11.2009.

No comments: